PENGANGKUTAN AWAM

Trem

Trem

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Garis Panduan Tapak Warisan Dunia Unesco George Town menyatakan bahawa pembangunan tidak harus memberi impak atau merobohkan mana-mana bahagian bangunan warisan.

Sejajar dengan garis panduan warisan ini, perkhidmatan trem telah dicadangkan sebagai solusi transit yang boleh memastikan ciri-ciri budaya, reka bentuk seni bina warisan dan pemandangan kota George Town turut terpelihara.

Laluan trem ini akan berada di paras atas tanah dan berintegrasi dengan LRT Bayan Lepas serta laluan Air Itam dan Tanjung Tokong yang dicadang di stesen pertukaran bersepadu Komtar yang berada di luar zon warisan Unesco.

Laluan Trem George Town juga dapat menghidupkan semula ciri pra-merdeka di bandaraya bersejarah George Town, menjadikannya satu daya tarikan pelancong.

Laluan trem yang sepanjang 2km ini aka nada enam stesen dan dicadangkan bermula di Komtar dan berakhir di Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier.

Selain menyediakan perkhidmatan “hop-on” dan “hop-off” yang juga melengkapi perkhidmatan CAT eBas di zon Warisan Dunia George Town, perhentian di terminal feri juga akan memberi kemudahan pengangkutan kepada pengguna feri.

Komponen ini masih dalam peringkat cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa depan dan kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *