PENGANGKUTAN AWAM

Laluan Air Itam

Laluan Air Itam

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Koridor pembangunan Air Itam di barat dan Tanjung Tokong di utara merupakan dua kawasan berkepadatan tinggi selepas Bayan Lepas.

Menjangkakan peningkatan trafik dari kedua-dua kawasan ini, kerajaan negeri Pulau Pinang berancang untuk memperkenalkan Laluan Air Itam dan Laluan Tanjung Tokong di masa hadapan.

Kedua-dua laluan transit ini juga boleh dihubungkan dengan perkhidmatan LRT Bayan Lepas (BL LRT) melalui stesen bersepadunya di Komtar, George Town.

Laluan Air Itam ini yang bermula di Komtar dan berakhir di Paya Terubong akan berjarak 12.8km dan mempunyai 13 stesen.

Laluan ini akan menambahbaikkan perkhidmatan pengangkutan awam ke kawasan berkepadatan penduduk tinggi dan kejiranan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah di Air Itam dan Paya Terubong.

Sistem transit bagi koridor Air Itam ini masih tertakluk kepada kajian pada masa hadapan sebelum ia dapat dilaksanakan dengan mengambilkira permintaan perjalanan, intensiti pembangunan, sistem kapasiti transit, sasaran mod perkongsian, sosio-ekonomi dan sosio-politik yang bersesuaian, sama ada bertingkat atau di paras atas tanah semasa waktu perlaksanaan.

Komponen ini masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa depan dan kelulusan agensi yang berkaitan.