Jalan Raya

Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE IC)

Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE IC)

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Persimpangan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) merupakan salah satu persimpangan yang paling sesak di Seberang Perai dengan jumlah trafik di bulatan berlampu isyarat yang mencecah sehingga 10,000 unit kenderaan penumpang sejam (ukp/jam) ketika waktu puncak.

Bilangan trafik tertinggi adalah kenderaan yang menuju ke arah utara yang membelok ke kanan dari Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) ke BKE.

Jejambat sehala lapisan ketiga dicadangkan di persimpangan ini untuk membantu mengurangkan jumlah keseluruhan trafik yang memasuki bulatan sebanyak 20%.

Operasi lampu isyarat di bulatan juga akan ditambah baik dengan tempoh masa menunggu yang disingkatkan.

Komponen ini masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa depan dan kelulusan agensi yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *