PTMP (Keseluruhan)

PTMP (KESELURUHAN)

PTMP - Sistem Pengangkutan Yang Inklusif Untuk Pulau Pinang

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) adalah strategi pengangkutan yang komprehensif, cekap dan bersepadu dalam merangka sistem pengangkutan darat dan laut yang moden serta menyeluruh untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Ia terdiri daripada pelbagai sistem dan perkhidmatan pengangkutan seperti transit aliran ringan (LRT), transit aliran bas (BRT), trem, teksi, ‘e-hailing’, feri dan teksi air.

PTMP bermatlamat untuk mencapai nisbah 40:60 bagi pengunaan pengangkutan awam dan pengunaan kenderaan persendirian menjelang tahun 2030.

Komponen utama yang bernaung di bawah PTMP adalah Bayan Lepas LRT (BL LRT), Lebuh Raya Pan Island Link 1 (PIL 1) dan Jalan Pintasan Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Misi PTMP adalah:

  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas
  • Meningkatkan keberkesanan dan kesinambungan untuk penduduk bergerak dengan pelbagai mod pengangkutan
  • Meningkatkan taraf hidup dan keselesaan penduduk
  • Meningkatkan daya tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi perdagangan dan percutian yang ideal
  • Menanamkan minat dalam budaya dan warisan setempat. PTMP akan mengekalkan budaya sekeliling bagi memperkukuhkan semangat muhibbah