PENGANGKUTAN AWAM

Laluan Raja Uda – Bukit Mertajam

Laluan Raja Uda - Bukit Mertajam

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Raja Uda dan Bukit Mertajam merupakan dua kawasan pembangunan berkepadatan tinggi di Seberang Perai.

Raja Uda di Butterworth merupakan sebuah kawasan pembangunan yang terletak di sebelah barat laut Seberang Perai dan berada di luar koridor kereta api KTM.

Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam yang dicadangkan akan menyediakan jalinan di antara bahagian barat laut dan Bukit Mertajam di bahagian tenggara Seberang Perai.

Pada peringkat awal, laluan ini dicadangkan bermula dari Raja Uda dan melalui Sungai Nyiur, Seberang Jaya, Bukit Tengah, Bandar Perda, Bukit Mertajam dan berterusan ke Alma sebelum berakhir di Permatang Tinggi. Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada pejabat pentadbiran negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya dan Bandar Baru Perda.

Sambungan laluan transit yang berpotensi ke kawasan-kawasan lain boleh diadakan dalam bentuk sistem BRT dari raja Uda ke Kepala Batas di utara Seberang Perai (Rujuk Peta BRT di bawah), dan dari Alma ke Kulim, Kedah.

Koridor transit yang dikenalpasti ini boleh dirizabkan sebagai sebahagian daripada proses perancangan negeri.

Komponen ini masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa depan dan kelulusan agensi yang berkaitan.

Peta A

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *