Jalan Raya

Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR)

Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR)

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) yang akan dibina oleh Consortium Zenith Constructions Sdn Bhd dibahagikan kepada bahagian barat dan timur.

Bahagian barat NCPR adalah dari Teluk Bahang ke Jalan Lembah Permai di Tanjung Bungah. Bahagian timurnya pula akan berakhir sebelum pembangunan Seri Tanjung Pinang 1 (STP 1) dan menghubungkan NCPR dengan George Town menerusi lebuh raya bertingkat dua hala yang mempunyai empat Lorong.

Bahagian timur ini akan merangkumi:

  1. Jalan bertingkat dua hala empat lorong di sepanjang Jalan Lembah Permai, Jalan Tg Bungah, dan Jalan Tg Tokong; dan
  2. Persimpangan di antara Jalan Cheah Seng Kim dan Jalan Sg Kelian di sepanjang Jalan Tg Bungah di samping kemudahan pusingan ‘U’ di persimpangan