Bayan Lepas LRT Public Inspection

PEMERIKSAAN AWAM LRT BAYAN LEPAS

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) adalah sebuah pelan pengangkutan komprehensif lima-dalam-satu yang terdiri daripada transit aliran ringan (LRT)/monorel, feri, teksi, bas dan teksi air untuk memenuhi keperluan pengangkutan Pulau Pinang untuk 50 tahun yang akan datang.

LRT Bayan Lepas (BL LRT) merupakan jajaran rel pertama yang akan dibina di Pulau Pinang. Ia berfungsi sebagai koridor pengangkutan awam Utara-Selatan dan akan membentuk tulang belakang pengangkutan rel di Pulau Pinang.

Pelaksanaan PTMP membuktikan komitmen Kerajaan Negeri untuk menyediakan integrasi pengangkutan awam yang efisien, meningkatkan taraf hidup rakyat dan menjadikan Pulau Pinang sebuah destinasi perdagangan dan pelancongan yang unggul.

PTMP bertujuan untuk meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam kepada 40% secara beransuran dalam jangka masa yang panjang dan akan bertindak sebagai pemangkin utama dalam usaha untuk mengurangkan kesesakan.

Rangkaian LRT menyediakan transit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke destinasi-destinasi utama di sebelah pulau serta menghubungkan Seberang Perai di masa hadapan. Ia akan dilengkapkan dengan sebuah rangkaian perkhidmatan perantara yang sistematik dalam lingkungan radius 3km untuk mengambil dan menurunkan penumpang dari stesen.

LRT BAYAN LEPAS

Jajaran BL LRT akan bermula dari George Town ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dan berakhir di Penang South Reclamation (PSR) yang bakal dibina.

Jajaran yang dicadangkan adalah 29.9km, di mana 21.3km akan beroperasi di Pulau Pinang dari Komtar ke Permatang Damar Laut. Daripada 27 stesen, 19 daripadanya akan dibina di pulau dan 8 stesen lagi akan dibina di atas pulau buatan di selatan Pulau Pinang.

TEMPAT DAN JADUAL

FAKTA & ANGKA

Name stesen adalah cadangan sahaja dan belum dimuktamadkan.
Jarak

29.9km

Bilangan stesen

27

Stesen dengan kemudahan Park & Ride

8 (5 – Phase 1, 3 – Phase 2)

Semua stesen mesra OKU dan warga emas

100%

Anggaran masa perjalanan hujung-ke-hujung

58 min

Berkhidmat untuk tadahan penduduk seramai

600,000 * (tambahan 400,000 penumpang dari Penambakan Selatan Pulau Pinang)

Anggaran penumpang harian

81000 **

Kekerapan perkhidmatan

4 min

*Jangkaan berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Jabatan Perangkaan

**Selepas tamat pembinaan jajaran penuh BL LRT pada tahun 2038

STESEN

Jajaran BL LRT yang dicadangkan akan mempunyai 27 stesen bertingkat yang menyediakan kemudahan-kemudahan berikut:

  • Lif dan eskalator ke aras ruang legar dan platform
  • Pejabat perkhidmatan pelanggan
  • Mesin tiket layan diri
  • Surau lelaki dan wanita
  • Tandas lelaki dan wanita

Semua stesen direka untuk menyediakan akses sejagat dan akan merangkumi:

  • Akses ramp
  • Jubin tactile
  • Butang Braille di dalam lif
  • Kaunter dan butang lif rendah untuk pengguna kerusi roda
  • Tandas akses sejagat

BL LRT mematuhi piawaian antarabangsa dan amalan terbaik bagi pemindahan kecemasan termasuk peraturan keselamatan.

Ciri-ciri keselamatan di stesen

  • Dipantau oleh kamera litar tertutup (CCTV)
  • Pusat bantuan bagi penumpang menghubungi kakitangan stesen
  • Pencahayaan yang baik
  • Dilengkapi sistem pengesanan api dan;
  • Sistem pengumuman awal

Ciri-ciri keselamatan di dalam kereta api

  • Komunikasi Kecemasan Penumpang untuk membolehkan penumpang menghubungi Pusat Kawalan Operasi semasa kecemasan
  • Dipantau oleh kamera litar tertutup (CCTV)
  • Sistem pengumuman awam

Keselamatan landasan

  • Halangan hujung platform untuk menutup akses ke landasan
  • Landasan berpagar yang bersesuaian
  • Laluan kecemasan untuk pemindahan

KELEBIHAN LRT

Ia mudah dan selamat

Perjalanan lancar ke destinasi anda.

Tinggalkan kesesakan lalu lintas

Bergerak dari tempat ke tempat dengan lebih mudah dan cepat.

Pulau Pinang yang lebih bersih dan hijau

Lindungi alam sekitar dengan mengurangkan pengeluaran karbon.

Kehidupan yang lebih sihat

Kekal cergas dan sihat dengan berjalan kaki atau berbasikal dari rumah atau pejabat anda.

Jimat masa dan wang

Kurangkan masa perjalanan anda tanpa menghiraukan kenaikan harga minyak dan bayaran tempat letak kereta yang mahal.

Pemangkin pertumbuhan ekonomi

Membuka peluang ekonomi baru untuk semua sektor.

Perjalanan yang efisien

Perjalanan anda dijamin selesa dan efisien dengan kereta api berkeupayaan tinggi setiap 4 minit.

Kebolehcapaian yang lebih tinggi

Pengguna boleh mengakses LRT dengan:
Berjalan > berbasikal > memandu (Park & Ride) > pengangkutan awam, bas perantara, teksi

Rancang perjalanan anda

Semua stesen LRT akan dilengkapi Sistem Paparan Maklumat Penumpang (PIDS) supaya anda boleh menjangka ketibaan kereta api.

GARIS MASA PROJEK

Berikut adalah garis masa jangkaan pembangunan LRT Bayan Lepas:

JAJARAN BERTINGKAT

Jajaran bertingkat BL LRT akan dibina di atas panduan laluan yang disokong oleh tiang. Ketinggian panduan laluan ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti rupa bumi di kawasan pembinaan dan sama ada lokasi itu merentasi jalan raya.

KAEDAH PEMBINAAN

Kaedah pembinaan yang digunakan untuk projek BL LRT direka supaya lebih murah dan cepat untuk memendekkan tempoh pembinaan, mengurangkan gangguan lalu lintas dan mengurangkan risiko kepada keselamatan awam. Aktiviti-aktiviti pembinaan utama termasuk pengalihan utiliti dan jambatan, stesen bertingkat dan pembinaan depot. Jambatan biasanya akan dibina di tengah atau tepi jalan raya. Pembinaan dijangka bermula pada suku ke-tiga tahun 2020. Pelan pengurusan trafik akan dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik sepanjang tempoh pembinaan.

Muat Turun Pemeriksaan Awam Bayan Lepas PDF

Bahasa Malaysia

English

Chinese

Tamil

Muat Turun Pemeriksaan Awam Bayan Lepas PDF dengan Cod QR

Bahasa Malaysia

English

Chinese

Tamil

Talian BL LRT: 1300-88-9700

waktu perkhidmatan: 8am – 5.30pm (Isnin – Jumaat)