PENGANGKUTAN AWAM

LRT Bayan Lepas

LRT Bayan Lepas

Nama stesen adalah cadangan sahaja dan belum dimuktamadkan.

Bergerak ke arah Pulau Pinang yang moden

Cadangan LRT Bayan Lepas yang meliputi jarak 29.9km akan menjadi laluan utama transit rel di Pulau Pinang. Skim kereta api bagi komponen ini sedang dipertimbangkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat untuk kelulusan.

Sebagai sistem LRT yang pertama di Pulau Pinang, jajaran LRT Bayan Lepas akan menyediakan perkhidmatan transit terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke destinasi utama sekitar pulau.

Jajaran ini akan bermula di Komtar dan berakhir di Smart City di Projek Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR).

Misi LRT Bayan Lepas:

  • Merealisasikan perjalanan yang lancar tanpa kesesakan lalu lintas
  • Membolehkan perjalanan yang lebih selamat dan menjimatkan kos.
  • Meningkatkan produktiviti dengan penjimatan masa agar orang ramai dapat meluangkan masa untuk pekara yang lebih berfaedah.
  • Menuju ke arah kehijauan bumi dan membantu mengurangkan penghasilan gas karbon