PENANG THIRD LINK

Komponen Jalan Utama & Laluan Ketiga

Komponen Jalan Utama & Laluan Ketiga

Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang berkepadatan penduduk tinggi dengan populasi yang melebihi 1.5 juta orang.

Jalan-jalan utamanya digunakan oleh ribuan pengguna dan kenderaan setiap hari. Kini, kesesakan di jalan-jalan alternatif juga semakin meningkat. Oleh itu, Pulau Pinang memerlukan infrastruktur trafik yang baik untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas, “bottleneck” dan merangsang pertumbuhan ekonomi.

Komponen Jalan Utama dan Laluan Ketiga (Third Link), yang kini dilaksanakan oleh Consortium Zenith Construction Sdn Bhd, akan dibina dalam empat fasa untuk menyediakan rangkaian sistem trafik yang lebih cekap bagi bahagian pulau.

Projek komponen dalam Perancangan / Pelaksanaan Panjang (km) Bil. Persimpangan (IC)
Pakej 1: Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) 9.6 4
Pakej 2: Jalan Pintasan Air Itam-Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) 5.7 3
Pakej 3: Jalan Pintasan Persiaran Gurney-LCE 3.95 3
Pakej 4: Laluan Ketiga / Third Link (Persiaran Drive-Bagan Ajam, Butterworth) 6.75 2

Pembinaan akan bermula dengan Pakej 2 bulan April tahun 2020, disusuli dengan Pakej 1 tahun berikutnya. Fasa pembinaan Pakej 3 dan 4 akan diputuskan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang di masa depan.

Laluan Ketiga

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan