Lebuh Raya & Jalan Raya

Lebuh Raya & Jalan Raya

Lebuh Raya & Jalan Raya

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR)

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Pelan induk lebuh raya kerajaan negeri Pulau Pinang menggariskan beberapa pintasan trafik yang strategik bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah, terutamanya dengan kepesatan pembangunan yang dijangka akan berlaku pada masa depan, dan menyediakan penyelesaian jangka panjang kepada kesesakan lalu lintas.

Kini, satu-satunya lebuh raya utama yang menghubungkan utara-selatan di bahagian pulau – Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) – telah melebihi kapasitinya and mengalami kesesakan lalu lintas yang teruk.

LCE perlu menampung peningkatan trafik yang datang dari Jambatan Kedua Pulau Pinang, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang akan diperbesarkan, zon perindustrian dan pembangunan pesat di kawasan timur laut.

Tanpa jalan alternatif atau jalan pintasan untuk menyuraikan trafik dari selatan ke utara pulau ini, aliran trafik perlu melalui beberapa lingkaran jalan “ad hoc”, LCE dan Jalan Kelawai.

Jalan-jalan ini, khususnya LCE, akan terus mengalami masalah kesesakan, jika tiada langkah penambahbaikan jangka panjang. Sebagai kesan, Pulau Pinang akan menghadapi kekangan pertumbuhan dan kemerosotan tahap daya huni (liveability) rakyat.

Oleh itu, pembinaan Pan Island Link telah dicadangkan untuk mengatasi kepincangan ini.

Pelan pembinaan lebuh raya dan jalan raya yang dirangka di bahagian pulau adalah:

Komponen dalam Rancangan / Cadangan Panjang (km) Bil. Persimpangan
1 Pan Island Link 1 (PIL 1) 20 6 (termasuk Persimpangan Relau)
2 Pan Island Link 2 (PIL 2) 8 2 (tidak termasuk Persimpangan Relau)
3 Pan Island Link 2A (PIL 2A) 3 2
4 Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (North Coastal Paired Road / NCPR) 4 3
JUMLAH 35 13

Bagi Seberang Prai, terdapat juga cadangan pembinaan lebuh raya pintasan yang selari dengan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE). Sebahagian besar kesesakan trafik di NSE berpunca daripada “bottleneck” di persimpangan utama Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dan Juru.

Projek-projek yang dicadangkan merangkumi:

Komponen dalam Rancangan / Cadangan Panjang (km) Bil. Persimpangan
1 Penambahbaikan Persimpangan BKE 1
2 Penambahbaikan Persimpangan Juru 1
3 Pembinaan Jalan Sambungan (jaringan tempatan): Permatang Pasir–Perda 7
4 Pembinaan Jalan Sambungan (jaringan tempatan): Kawasan Bkt Minyak 2
JUMLAH 9 2
JUMLAH KESELURUHAN 44 15

Panjang kesemua komponen lebuh raya dan jalan raya di bawah pelan induk ini adalah 44km, dengan jumlah persimpangan sebanyak 15.

Selain PIL 1 yang telah diberi kelulusan kajian impak alam sekitar, komponen lain masih dalam peringkat cadangan dan tertakluk kepada kelulusan dan semakan di masa depan.