PENGANGKUTAN AWAM

Laluan Tanjung Tokong

Laluan Tanjung Tokong

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Laluan Tanjung Tokong yang sepanjang 7km dan mempunyai lapan stesen dicadangkan bermula di stesen bersepadu Komtar dan berakhir di Tanjung Tokong.

Monorel transit ini akan memberi perkhidmatan kepada pembangunan bercampur komersial dan kediaman di sepanjang Jalan Burma, Jalan Kelawai, Persiaran Gurney dan Bandar Seri Tanjung Pinang.

Jika permintaan perjalanan pada masa hadapan meningkat dan masih terdapat ruang di sepanjang koridor yang sempit, Laluan Tanjung Tokong boleh dilanjutkan ke Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.

Sistem transit bagi koridor Tanjung Tokong ini masih tertakluk kepada kajian pada masa hadapan sebelum ia dapat dilaksanakan dengan mengambilkira permintaan perjalanan, intensiti pembangunan, sistem kapasiti transit, sasaran mod perkongsian, sosio-ekonomi dan sosio-politik yang bersesuaian, sama ada bertingkat atau di paras atas tanah semasa waktu perlaksanaan.

Komponen ini juga masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa depan dan kelulusan agensi yang berkaitan.