Sesi perbincangan awam bagi EIA khusus bagi projek Pan Island Link 1 (PIL1)
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan satu sesi perbincangan awam bagi Laporan Penilaian Alam Sekitar (EIA) khusus bagi projek pintasan lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL1) pada 20 September 2018.
Sesi perbincangan awam ini diadakan di Pusat Konvensyen Setia SPICE di Relau sebagai satu platform untuk orang ramai berkongsi pandangan dan keprihatinan mereka terhadap projek yang dicadangkan.
Selaras dengan prinsip ketelusan pentadbiran, kerajaan Pulau Pinang ingin mendengar suara rakyat dan memahami mereka. Semua isu yang dibangkitkan dan tanggapan diserahkan kepada Jabatan Alam Sekitar (DoE) sebagai sebahagian daripada proses maklum balas orang ramai kepada laporan EIA.