Sayangi Penangku Hunt
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan “Sayangi Penangku Hunt” yang merupakan siri pertama dalam bentuk program seperti ini yang bertujuan melibatkan orang ramai terhadap projek Bayan Lepas Light Rail Transit (LRT) yang dicadangkan di bawah Pelan Induk Pengangkutan (PIP).
Program komuniti ini telah meningkatkan kesedaran awam terhadap Projek Bayan Lepas LRT dimana tapak-tapak cadangan Stesen LRT KOMTAR, Macallum dan Sungai Pinang telah diperkenalkan.
“Sayangi Penangku Hunt” juga dianjurkan sempena sambutan Hari Merdeka.