PERUTUSAN

PERUTUSAN

YAB. CHOW KON YEOW

PERUTUSAN DARI YANG AMAT BERHORMAT CHOW KON YEOW
KETUA MENTERI PULAU PINANG

Pulau Pinang kini sedang menuju visi pembangunan negeri Penang 2030 sebagai sebuah negeri pintar dan mesra alam yang memberi tumpuan kepada nilai kekeluargaan untuk menjadi sumber inspirasi negara. Visi ini merangkumi empat (4) tema utama, di mana tema keempat iaitu pelaburan infrastruktur awam, adalah penting dalam pembangunan rangkaian pengangkutan yang menyeluruh.

Ia adalah sebuah langkah besar dalam mengubah lanskap Pulau Pinang kepada sebuah negeri moden dan pintar; sambil menyediakan pendapatan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Tambahan lagi, dengan perkembangan pesat teknologi di peringkat antarabangsa, negeri Pulau Pinang akan terpinggir dari segi pemodenan jika ia tidak bertindak secara proaktif dalam mewujudkan persekitaran yang bersepadu dengan mod-mod teknologi maklumat intensif dan kemudahan-kemudahan canggih.

PIP adalah sebuah strategi komprehensif dan efisien yang menyepadukan sistem-sistem pengangkutan moden untuk manfaat rakyat Pulau Pinang. Pelan ini terdiri daripada pelbagai kaedah-kaedah pengangkutan seperti LRT, monorel, BRT, trem, teksi dan feri.

Oleh itu, PIP boleh dianggap sebagai sebuah pelan induk yang menangani cabaran-cabaran sedia ada dan membantu mencapai keseimbangan ekonomi dan sosial, terutamanya dalam menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.

Usaha dan inisiatif Kerajaan Negeri untuk membangunkan rangkaian pengangkutan Pulau Pinang akan membawa pertumbuhan menyeluruh dan mengimbangkan jurang sosioekonomi antara bahagian utara dan selatan pulau – sekali gus menyediakan peluang hidup yang lebih baik bagi generasi rakyat Pulau Pinang yang akan datang.

Pembangunan mampan sebuah negeri atau negara bergantung kepada perancangan yang sistematik dan realistik. Ia membawa impak besar kepada pertumbuhan ekonomi, daya hidup dan kemampanan sebuah bandar. Selain lebih murah dan cepat, perancangan seperti ini haruslah lebih mampan, berdaya saing dan praktikal. Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang serius kepada masalah ini dan telah mula mereka bentuk penyelesaian jangka panjang, yang kini dalam fasa pelaksanaan, pada tahun 2011.

Malah, pembangunan sebuah rangkaian pengangkutan yang menyeluruh adalah satu langkah yang penting untuk memacu Pulau Pinang ke arah pemodenan dan status bandar pintar; sambil menyediakan pendapatan dan kualiti hidup yang lebih tinggi. Di samping itu, dengan perkembangan pesat teknologi di peringkat antarabangsa, tindakan proaktif adalah perlu dalam mewujudkan persekitaran bersepadu dengan kemudahan yang lebih maju dan berteknologi tinggi.

““PIP: MASA HADAPAN PULAU PINANG”
Y.A.B. CHOW KON YEOW