Semua soalan lazim yang sering dikemukan mengenai Pelan Projek Pengangkutan Pulau Pinang.

    Gambaran Projek

    Apakah Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang?

    PTMP adalah penyelesaian utama untuk memenuhi peningkatan pengangkutan awam dan jalanraya yang bakal berlaku dalam tempoh 50 tahun akan datang (2015-2065) di Pulau Pinang dari segi membuka peluang pekerjaan, pelaburan, penumbuhan penduduk dan juga industri pelancongan yang berkembang pesat.

    Mengapakah PIP diperlukan di Pulau Pinang?

    Dianggap sebagai kunci untuk menaik taraf Pulau Pinang dari segi ekonomi, tarikan pelancongan dan kesesuaian taraf hidup penduduk, PIP akan mengubah landskap pengangkutan dan juga perumahan dari segi menaik taraf sistem dan meningkatkan kesinambungan jalan dan akses. Ia juga bakal membantu: • Mengurangkan masalah lalu lintas utama di Pulau Pinang; • Megurangkan perbelanjaan isi rumah; • Mengurangkan masa perjalanan; • Mewujudkan peluang pekerjaan; • Menawarkan kepelbagaian pilihan dari segi pengangkutan. Jika infrastruktur pengangkutan awam semasa tidak ditambahbaikkan, kesesakan jalan raya akan terus berkembang seiring dengan penambahan penduduk di Pulau Pinang. Ini akan memberi kesan negatif kepada masa perjalanan dan kualiti hidup keseluruhan penduduk.

    Apakah senarai komponen yang dicadangkan oleh SRS Consortium di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang?

    Pelan Induk Pengangkutan dijangka akan menjadi suatu rangkaian pengangkutan awam, lebuh raya dan jalan raya yang bersepadu dengan pelbagai pilihan pengangkutan untuk memenuhi keperluan pertumbuhan penduduk dan ekonomi negeri Pulau Pinang. Senarai projek yang dicadangkan oleh SRS Consortium:

    * Jarak keseluruhan LRT Bayan Lepas yang dicadangkan adalah 30km, termasuk stesen tambahan apabila talian dilanjutkan pada masa hadapan ke arah pulau tebus guna di selatan.

    Bilakah PIP dijangka akan dilancarkan dan adakah ia akan dilakukan secara serentak ?

    LRT Bayan Lepas dan Lingkaran Pulau Pinang 1 (PIL 1) telah dikenalpasti sebagai projek-projek utama dan pembinaan disasarkan bakal bermula seawal 2017.

    Berapakah jumlah perbelanjaan untuk projek ini?

    RM27 juta adalah anggaran awal projek. Jumlah sebenar hanya akan diketahui apabila rangkangan terperinci dan proses tender telah diselesaikan oleh Rakan Pelaksana Projek.

    Bagaimanakah projek ini akan dibiayai?

    Projek-projek di bawah PIP dicadangkan akan dibiayai oleh lelongan pulau tebus guna di persisiran selatan Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan memiliki sepenuhnya tanah yang ditambak tersebut dan akan menjalankan proses penjualan di pasaran terbuka.

    Adakah Lebuhraya PIL 1 akan dikenakan tol?

    Sama dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, penduduk Pulau Pinang akan terus menikmati akses bebas tol untuk Lebuhraya PIL 1.

    Apakah jalanraya-jalanraya yang akan ditutup sewaktu pembinaan?

    Semua unsur-unsur pembinaan bakal ditentukan di peringkat reka bentuk. Tidakan dan pelan pengurusan lalulintas akan diambil sewajarnya untuk memastikan pergerakan yang cekap dan membantu kurangkan gangguan trafik.

    Adakah projek ini akan menjejaskan Tapak-tapak Warisan Budaya?

    Untuk memelihara Tapak Warisan Budaya sebagai tempat yang unik di dunia kerana ciri-ciri semulajadinya dari segi budaya dan nilai-nilai yang telah berdiri teguh dari ujian masa; penguatkuasa akan memastikan bahawa pembinaan akan diselaraskan di sekeliling perimeter warisan tapak dan zon penampan bagi pemuliharaan kota bangunan George Town. Cadangan ini selari dengan Sistem Transit Aliran RIngan Bayan Lepas-George Town.

    Bagaimana projek ini bakal meningkatkan taraf pengangkutan?

    Melalui cadangan dari SRS Consortium, Zenith - BUCG Consortium dan Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB), satu rangkaian pengangkutan kolektif dan menyeluruh yang bertujuan untuk meningkatkan integrasi dan prasarana dengan perkembangan sedia ada dan masa depan.Ini selari dengan pelan pengabungan hierarki dari segi kesinambungan. Pelbagai koridor bakal dikenal pasti di dalam projek-projek pengangkutan yang dicadangkan, ini akan melibatkan liputan menyeluruh di kedua-dua pulau dan tanah besar. Antara pertimbangan utama yang akan dibuat di dalam rangkaian pengangkutan yang dicadangkan adalah perumahan yang berpendudukan tinggi, kawasan pejabat dan perdagangan dan kawasan kritikal untuk memastikan tadahan tertinggi dan penumpang. Yang paling utama ialah, transit aliran ini akan menjadi tulang belakang utama untuk pengangkutan awam di Pulau Pinang pada dekad akan datang. Ia akan disokong rapat oleh rangkaian bas “feeder” untuk meningkatkan akses di kawasan tadahan dan stesen-stesen LRT.

    Jangkaan pemerolehan harta awan di sekitar projek adalah?

    Kajian sedang dijalankan untuk mengenal pasti jumlah lot hartanah yang akan diperlukan untuk projek ini. Ia akan dilakukan dengan teliti, peka dan menghormati semua pihak di sepanjang proses pengambilalihan termasuk juga kawasan perumahan yan bakal terjejas dengan pembinaan.

    Bagaimana proses tender bagi Pakej Kerja Kontrak akan dilakukan?

    Ia akan dilakukan selaras dengan garis panduan perolehan, proses tender yang kompetitif akan dilaksanakan secara objektif dan telus.

    Adakah peruntukan dijangka untuk membuat rangkaian hingga ke lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang?

    Antara kemudahan yang akan dibina selari dalam rangkaian LRT Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang termasuk terminal utama, pusat latihan dan tempat letak kereta bertingkat.

    Saya ingin memberi maklum balas saya untuk projek LRT ini dan penjajaran PIL1, dimana saya boleh berbuat demikian?

    Beberapa pusat untuk berkongsi maklum balas dan cadangan termasuk sesi pertemuan awam dan paparan awam akan dibuka dan diumumkan pada masa akan datang.

    Cetak Emel

    • PENANG
    • PEGIS
    • MBPP
    • MPSP

    bann1234