KAJIAN PELAN INDUK PENGANGKUTAN

    Dalam usaha Kerajaan Negeri menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang kian meruncing, Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Kajian Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang.

    Kajian PIP ini mengambil masa selama 18 bulan untuk disiapkan sepenuhnya. Kajian ini dilaksanakan oleh AJC Planning Consultants Sdn Bhd dengan Kerjasama Halcrow Consultants Sdn Bhd dan Singapore Cruise Centre Pte Ltd. Kajian ini merangkumi keseluruhan bahagian Pulau dan Seberang Perai. Hasilnya ialah pendekatan seimbang (balanced approach) yang menggabungkan pembinaan lebuhraya baru dan pembinaan sistem pengangkutan awam yang berintegrasi. Hasil daripada kajian PIP ini juga terbahagi kepada lima (5) komponen utama iaitu :

     

    1. Pembinaan Lebuhraya (Highway Strategy)
    2. Pembinaan sistem pengangkutan awam (Public Transport Strategy)
    3. Kebolehsampaian (Accessibility)
    4. Kajian pengangkutan air (Water Study)
    5. Pembangunan institusi (Institutional Plan)
    6. Versi Ringkas PIP (TMP Concise Version)

    Kesemua buku laporan kajian ini boleh didapati di Kaunter Kewangan, Tingkat 3, KOMTAR dengan harga RM165.00.

    Klik  MUAT TURUN ini untuk mendapatkan versi padat Pelan Induk Pengangkutan.

     

    Nota: Jika anda gagal memuat turun dokumen ini, sila guna pelayar sesawang yang lain.

    Cetak Emel

    • PENANG
    • PEGIS
    • MBPP
    • MPSP

    bann1234