MAJLIS PENGANGKUTAN NEGERI

    Mengenai Kami

    Majlis Pengangkutan Negeri Pulau Pinang atau Penang Transport Council (PTC) telah ditubuhkan pada tahun 2009. Cadangan Penubuhan PTC diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 27 Mei 2009 dan disahkan pada 3 Jun 2009.Tujuan asal penubuhan PTC adalah untuk menangani masalah kesesakan lalu lintas di Negeri Pulau Pinang yang mana melibatkan tiga (3) cabaran utama negeri iaitu Cleanliness, Congestion and Crime. Selain daripada itu, PTC turut berperanan memberi khidmat nasihat berkaitan dasar pengurusan lalu lintas dan pengangkutan di Pulau Pinang.

    Ahli Majlis PTC dilantik oleh Pengerusi PTC dengan persetujuan YAB Ketua Menteri. PTC dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir serta ahli-ahli majlis terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan juga daripada NGO. Pencapaian utama PTC adalah penghasilan Kajian Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang yang mana telah dijadikan sebagai dokumen rasmi Kerajaan Negeri pada 23 Mac 2013.

    Kini, Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang sedang dalam proses pelaksanaan yang mana satu tender Request for Proposal (RFP) bagi melantik Project Delivery Partner (PDP) berada dalam peringkat penilaian.Seiring dengan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Negeri Pulau Pinang, peranan PTC akan lebih bertindak sebagai forum rasmi bagi jabatan-jabatan dan agensi-agensi serta individu yang telah dilantik bagi memastikan pelaksanaan PIP berada di landasan seperti kehendak Kerajaan Negeri. PTC merupakan salah satu platform Kerajaan Negeri berhubung secara langsung dengan Project Delivery Partner (PDP) yang dilantik bagi pelaksanaan PIP.

    CetakEmel

    • PENANG
    • PEGIS
    • MBPP
    • MPSP

    bann1234