Trem

BM Tram 1

Garis Panduan Tapak Warisan Dunia George Town menyatakan bahawa pembangunan pada masa hadapan tidak sepatutnya memberi impak atau merobohkan mana-mana bahagian  bangunan warisan. Sejajar dengan garis panduan  warisan ini, laluan trem dalam Tapak Warisan Dunia  akan  berada  di  paras atas tanah dan berintegrasi dengan LRT Bayan Lepas serta dua laluan monorel di stesen pertukaran KOMTAR.

Perkhidmatan trem merupakan penyelesaian transit terbaik untuk memastikan pemeliharaan ciri-ciri dan reka bentuk seni bina yang unik, budaya dan pemandangan kota bangunan-bangunan warisan. Oleh  itu,  LRT  dan  sistem  monorel  akan  diselaraskan dengan sewajarnya di sekeliling perimeter tapak warisan tersebut.

Laluan Trem George Town dapat menghidupkan semula ciri pra-merdeka di kawasan bersejarah George Town, menjadikannya satu daya tarikan pelancong yang unik di tempat-tempat menarik. Laluan trem yang sepanjang kira-kira 2km ini mempunyai 6 stesen, bermula dari KOMTAR dan berakhir di Jeti Swettenham Pier Cruise.

Selain menyediakan perkhidmatan “hop-on” dan “hop-off” yang juga melengkapi perkhidmatan CAT eBas di zon Warisan Dunia George Town, perhentian di feri juga membolehkan penumpang sampai ke Butterworth dengan merentasi Selat Melaka.

 

·   

CetakEmel

  • PENANG
  • PEGIS
  • MBPP
  • MPSP

bann1234