Monorel

Laluan Ayer Itam

MonorelAyerItam BM

Koridor pembangunan di barat (Ayer Itam) dan utara (Tanjung Tokong) merupakan dua kawasan berkepadatan tinggi selepas Bayan Lepas.

Dengan memadankan kapasiti sistem dengan permintaan perjalanan yang diunjurkan, sistem monorel telah dikenal pasti sebagai mod yang paling sesuai untuk kedua-dua koridor Ayer Itam dan Tanjung   Tokong.

Antara pertimbangan yang dibuat dalam mengenal pasti sistem monorel yang dicadangkan (sama ada rel atau BRT) adalah keupayaan yang lebih baik diruangan sempit, prestasi bunyi yang lebih baik dan modal yang lebih rendah.

Walaubagaimanapun,  sistem  transit bagi  koridor Ayer Itam  masih  tertakluk  kepada kajian pada masa hadapan sebelum ia dapat dilaksanakan dengan mengambilkira permintaan perjalanan, intensiti pembangunan, sistem kapasiti transit, sasaran mod perkongsian, sosio¬ekonomi dan sosio-politik yang bersesuaian, sama ada bertingkat atau di paras atas tanah semasa waktu perlaksanaan.

Monorel Laluan Ayer Itam sepanjang 12.8km ini, bermula dari KOMTAR dan berakhir di Paya Terubong akan mempunyai 13 stesen. Laluan transit ini akan meningkatkan perkhidmatan perjalanan ke kawasan perumahan berpendapatan rendah dan sederhana yang mempunyai kepadatan tinggi di kawasan Ayer Itam dan Paya Terubong.

Laluan Tanjung Tokong

MonorelTanjongTokong BM

Monorel Laluan Tanjung Tokong sepanjang 7km dengan 8 stesen dicadangkan bermula di stesen bersepadu KOMTAR dan berakhir di Tanjung Tokong.

Monorel transit ini akan memberi perkhidmatan kepada pembangunan bercampur komersial dan kediaman di sepanjang Jalan Burma, Jalan Kelawai, Persiaran Gurney dan Bandar Seri Tanjung Pinang.

Jika permintaan perjalanan pada masa hadapan meningkat dan masih terdapat ruang di sepanjang koridor yang sempit, Monorel Laluan Tanjung Tokong boleh dilanjutkan ke Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi.

 

 

 

MonorelTanjongTokong BM

Laluan Raja Uda - Bukit Mertajam

Monorel Raja Uda Bukit Mertajam BM

Raja Uda dan Bukit Mertajam merupakan dua kawasan pembangunan berkepadatan tinggi di Seberang Perai. Raja Uda merupakan sebuah kawasan pembangunan di masa akan datang yang terletak di sebelah barat laut Seberang Perai dan berada di luar koridor kereta api KTM. Laluan Monorel Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam yang dicadangkan akan menyediakan jalinan di antara bahagian barat laut dan Bukit Mertajam di bahagian tenggara Seberang Perai.

Pada peringkat awal, laluan monorel dicadangkan bermula dari Raja Uda, melalui Sungai Nyiur, Seberang Jaya, Bukit Tengah, Bandar Perda, Bukit Mertajam dan berterusan ke Alma sebelum berakhir di Permatang Tinggi. Laluan ini akan memberi perkhidmatan kepada pejabat pentadbiran negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya dan Bandar Baru Perda.

Potensi sambungan laluan transit ke kawasan-kawasan lain boleh diadakan dalam bentuk sistem BRT:

  1. Dari Raja Uda menghala ke Kepala Batas di bahagian utara. Rujuk Peta
  2. Dari Alma menghala ke Kulim di bahagian timur.

Koridor transit yang dikenal pasti ini boleh dirizabkan sebagai sebahagian daripada proses perancangan negeri.

 

·   

Cetak