LRT

Laluan Bayan Lepas

BayanLepasLRT BM

Cadangan Transit Aliran Ringan Laluan Bayan Lepas yang berjarak 30km merangkumi 27 stesen dari KOMTAR ke pulau tebus guna di selatan.

Selain melalui kawasan strategik di KOMTAR, Bayan Lepas FIZ dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, laluan LRT ini juga akan melalui kawasan liputan kediaman sedia ada dan hab pekerjaan di Jelutong, The Light, Gelugor, Batu Uban, SPICE di Bayan Baru, Sg Tiram dan Batu Maung.

  • Cadangan LRT Laluan Bayan Lepas di bahagian timur pulau memenuhi permintaan perjalanan yang lebih tinggi – dari KOMTAR hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Sistem LRT adalah sesuai untuk menampung peningkatan permintaan perjalanan masa hadapan yang terdiri daripada:Pembesaran Lapangan Terbang  Antarabangsa Pulau Pinang dari  6.5 juta  penumpang kepada kira-kira 20 juta penumpang setiap tahun
  • Peluasan Zon Industri Bebas Bayan Lepas; dan
  • Pembangunan penambakan di pinggiran laut kawasan selatan pulau.

Sistem LRT ini juga disyorkan atas keupayaan dan praktikal untuk jangka masa lama bagi laluan yang panjang, memenuhi permintaan penumpang yang tinggi dan keupayaan beroperasi yang lebih baik.

Laluan ini akan berintegrasi dengan cadangan pembinaan Sky Cab yang merentasi Selat Melaka di Stesen Sky Cab, dan juga aliran LRT George Town-Butterworth di Stesen The Light.

Laluan ini juga akan berintegrasi dengan perkhidmatan pengangkutan awam di Terminal Bas Sungai Nibong dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

 

Cetak Emel

  • PENANG
  • PEGIS
  • MBPP
  • MPSP

bann1234