• PROJEK
  • PTMP (Keseluruhan)

Sistem Pengangkutan yang Inklusif untuk Pulau Pinang


*Nota: Penjajaran & sistem transit tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan.

Pelan Induk Pengangkutan (PI) Pulau Pinang adalah strategi pengangkutan yang komprehensif, cekap dan bersepadu dalam merangka sistem pengangkutan moden serta menyeluruh di antara darat dan laut untuk kepentingan rakyat Pulau Pinang. Ia terdiri daripada pelbagai sistem dan perkhidmatan pengangkutan seperti transit aliran ringan (LRT), monorel, transit aliran bas (BRT), trem, teksi, e-hailing, feri dan teksi air. PTMP bermatlamat untuk mencapai nisbah 40:60, bagi pengunaan pengangkutan awam dan pengunaan kenderaan persendirian menjelang tahun 2030.

Projek utama yang bernaung di bawah PTMP adalah Bayan Lepas LRT (BL LRT) dan lebuh raya Pan Island Link 1 (PIL 1).

Misi PTMP:

● Mengurangkan kesesakan lalu lintas.

● Meningkatkan keberkesanan dan kesinambungan untuk penduduk bergerak dengan pelbagai mod pengangkutan.

● Meningkatkan taraf hidup dan keselesaan penduduk.

● Meningkatkan daya tarikan Pulau Pinang sebagai destinasi perdagangan dan percutian yang ideal.

● Menanamkan minat dalam budaya dan warisan setempata. PTMP akan mengekalkan budaya sekeliling bagi memperkukuhkan semangat Muhibbah.



Cetak Emel

  • PENANG
  • PEGIS
  • MBPP
  • MPSP

bann1234