Pan Island Link 1 (PIL1)

*Nota: Gurney IC akan dibina oleh contractor yang dilantik. Relau IC akan dibina sebagai sebahagian daripada perancangan masa depan PIL2.

Permodenan Pulau Pinang

Lebuh raya PIL 1 yang dicadangkan akan menjadi sebuah lebuh raya baru dengan jarak 20km bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) dan jalan-jalan utama yang berdekatan. Pembangunan strategik PIL 1 akan menghubungkan enam persimpangan ke Gurney Expressway, pelan pembangunan ketiga yang dicadangkan, Link Utara-Selatan (NSE) Link (bypass), Jambatan Pertama dan Jambatan Kedua.

Lebuh raya PIL 1 juga akan mempunyai reka bentuk mesra alam sekitar seperti lebuh raya yang terdiri daripada terowong dan jambatan kabel-penahan untuk meminimumkan kesan sosial dan alam sekitar.

Misi PIL 1:

  • Perjalanan menjadi lebih lancar di Jalan Tun Dr Awang, Jalan Sultan Azlan Shah dan jalan-jalan lain yang berhampiran kerana kesesakkan semakin berkurangan di LCE.
  • Perjalanan akan menjadi lebih mudah apabila kawasan berkepadatan tinggi seperti George Town, Paya Terubong, Bayan Baru, dan Relau dapat dielakkan daripada melalui lokasi lalu-lintas yang padat.
  • Meningkatkan produktiviti dan masa peribadi. Mengurangkan masa perjalanan.

 

 

 

Cetak Emel

  • PENANG
  • PEGIS
  • MBPP
  • MPSP

bann1234