Jalan Raya

Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR)

 

NCPR BM

 

Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara (NCPR) bahagian barat akan dibina oleh Zenith-BUCG, bermula di Teluk Bahang dan berakhir di Jalan Lembah Permai, Tg Bungah.

Untuk melengkapkan sambungan jalan ke George Town, bahagian timur NCPR merangkumi:

  1. Pembinaan jalan bertingkat dua hala empat lorong di sepanjang Jalan Lembah Permai, Jalan Tg Bungah, dan Jalan Tg Tokong; dan
  2. Pembinaan persimpangan di antara Jalan Cheah Seng Kim dan Jalan Sg Kelian di sepanjang Jalan Tg Bungah di samping kemudahan pusingan ‘U’ di persimpangan.

Seksyen bahagian timur NCPR ini akan berakhir sebelum pembangunan Seri Tanjung Pinang 1 (STP 1), diikuti dengan pembinaan lebuh raya bertingkat dua hala empat lorong di kawasan STP1, yang akan bersambung dengan Lebuh Raya Gurney yang mempunyai dua hala lapan lorong.

 

Persimpangan Bertingkat - Kulim (BKE IC)

 

BKE pembinaansusurkeluartingkatketiga BM

Persimpangan Bertingkat Butterworth-Kulim (BKE) merupakan salah satu persimpangan yang paling sesak di Seberang Perai dengan jumlah trafik di bulatan berlampu isyarat yang mencecah sehingga 10,000 unit kenderaan penumpang (ukp/jam) ketika waktu puncak.

Bilangan trafik yang tertinggi direkodkan adalah kenderaan menuju ke arah utara yang membelok ke kanan dari NSE ke BKE. Jejambat sehala lapisan ketiga dicadangkan di persimpangan ini akan membantu mengurangkan jumlah keseluruhan trafik yang memasuki bulatan sebanyak 20%.

Operasi lampu isyarat di bulatan juga akan bertambah baik dengan tempoh masa menunggu yang lebih pendek.

 

Persimpangan Bertingkat Juru (Juru IC)

PersimpanganJuru divergingdiamond BM

Cadangan menaik taraf persimpangan bertingkat Juru (Juru IC) akan mengurangkan kesesakan teruk yang berlaku di persimpangan NSE dan di persimpangan “T” di Jalan Kebun Nenas-Jalan Perusahaan, yang terletak hanya kira-kira 160 meter dari arah barat NSE.

Salah satu masalah utama yang menyebabkan kesesakan di persimpangan bertingkat lampu isyarat (diamond interchange) sedia ada adalah akibat masa kitaran panjang dengan pecahan empat fasa pada waktu puncak.

Deretan kenderaan yang panjang dan bilangan kenderaan yang tinggi ketika waktu puncak menuju ke NSE mengakibatkan percanggahan penukaran lorong (weaving) sekaligus mengurangkan kecekapan penyuraian trafik di persimpangan tersebut.

Cadangan skim penambahbaikan Juru IC ini dapat mengurangkan kesesakan melalui:

  1. Pelebaran jalan;
  2. Penukaran Juru IC kepada “Diverging Diamond Interchange”; dan
  3. Penyelarasan masa lampu isyarat dengan persimpangan Jalan Kebun Nenas–Jalan Perusahaan.

·

Cetak