Pengenalan

BM Rangkaian Lebuh dan Jalan Raya

Pelan induk lebuh raya SRS Consortium  menggariskan beberapa pintasan trafik yang strategik bagi menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah di atas jalan raya, terutamanya dengan kepesatan pembangunan yang dijangka akan berlaku pada masa depan dan menyediakan penyelesaian jangka panjang kepada kesesakan lalu lintas.

Pelan pembinaan lebuh raya dan jalan raya yang dirangka di bahagian pulau adalah:

  1. Pan Island Link 1;
  2. Pan Island Link 2;
  3. Pan Island Link 2A; dan
  4. Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara.

Di Seberang Perai, pelan cadangan merangkumi:

  1. Penambahbaikan persimpangan Lebuhraya Butterworth-Kulim  (BKE);
  2. Penambahbaikan persimpangan Juru; dan
  3. Pembinaan Rangkaian Jalan Sambungan  (Missing Links) jalan-jalan tempatan di Seberang Perai.

Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong  Eu (LCE) merupakan satu-satunya lebuh raya utama yang menghubungkan utara-selatan di bahagian pulau di mana bilangan trafiknya telah melebihi  kapasiti  yang  dijangka  dan  menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu (LCE) perlu menampung keperluan tambahan trafik kesan daripada pembinaan infrastrukur baru seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang, pembesaran lapangan terbang dan zon perindustrian, serta kepesatan pembangunan di kawasan timur yang telah mengehadkan ruang bagi menampung sebarang penambahan trafik.

Tambahan pula, ketiadaan jalan alternatif atau jalan pintasan untuk menyuraikan trafik dari Jambatan Kedua Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke George Town serta kawasan utara pulau, mendesak aliran trafik untuk melalui beberapa lingkaran jalan “ad-hoc” dan jalan raya utama seperti LCE dan Jalan Kelawai.

Tanpa sebarang langkah penambahbaikan jangka panjang, keadaan di LCE akan terus merosot dan Pulau Pinang akan mengalami kesesakan trafik yang teruk sekaligus mengekang pertumbuhan dan menurunkan tahap daya huni di Pulau Pinang.

Ini tidak setanding dengan Singapura yang mempunyai beberapa lebuh raya merentasi pulau itu; di mana Pan Island Expressway (PIE) sebagai laluan utama yang menghubungkan bahagian timur ke barat (43 km) bagi menyuraikan trafik. Justeru, cadangan pembinaan Lebuh Raya Pan Island dapat mengatasi kepincangan keadaan semasa lebuh raya dan jalan raya di Pulau Pinang.

Begitu juga di Seberang Perai, terdapat cadangan pembinaan lebuh raya pintasan yang selari dengan Lebuhraya Utara-Selatan (NSE). Secara oerbandingan, sebahagian besar kesesakan trafik di NSE adalah berpunca daripada "bottleneck" di dua persimpangan utama (Juru & BKE).

        

Pulau Pinang Panjang (km) Bil. Persimpangan
1  PIL 1 20 6
2  PIL 2 8 2
3  PIL 2A 3 2
4  Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara 4 3
JUMLAH  35 13

Seberang Perai Panjang (km) Bil. Persimpangan
1  Persimpangan BKE 1
2  Persimpangan Juru 1
3  Pembinaan Jalan Sambungan (jaringan tempatan):  Permatang Pasir–Perda 7
4

 Pembinaan Jalan Sambungan (jaringan tempatan):

 Kawasan Bkt Minyak

2
JUMLAH  9 2
JUMLAH KESELURUHAN  44 15

Nota:

  • Persimpangan PIL 1: 6, termasuk Persimpangan Relau
  • Persimpangan PIL 2: 2, tidak termasuk Persimpangan Relau

 

CetakEmel

  • PENANG
  • PEGIS
  • MBPP
  • MPSP

bann1234