• PROJEK PELAN INDUK

Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang

  • Dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang berdaya huni, ekonomi yang berdaya maju dan komuniti sosial yang tidak terasing, Kerajaan Negeri telah mengenal pasti tiga isu utama yang perlu ditangani – Jenayah, Kebersihan, dan Kesesakan Lalu Lintas.

    Melalui usaha¬-usaha yang berterusan, kemajuan yang ketara telah dicapai dalam mengurangkan kadar jenayah, meningkatkan keselamatan awam serta memelihara persekitaraan yang bersih dan selesa.

    Walau bagaimanapun, kesesakan lalu lintas masih menjadi kebimbangan utama akibat daripada perkembangan ekonomi yang pesat serta pertambahan pelancong ke bandar warisan - negeri ini turut terjejas akibat pencapaian tersebut.

    Bagi menghadapi cabaran masa hadapan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan Laporan Strategi Pelan Induk Pengangkutan bertujuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan yang sedia ada dalam negeri melalui pendekatan yang seimbang dalam menambahbaikan pengangkutan awam serta lebuh raya.

    Dasar utama strategi Kerajaan Negeri, adalah “Menggerakkan Orang dan bukan Kenderaan”. Laporan strategi ini yang merupakan hasil kerjasama bersama Pihak Pelaksana Koridor Utara Malaysia (NCIA) telah dikendalikan oleh Halcrow dan diterbitkan pada tahun 2013. Ia memperincikan penambahbaikan pengangkutan yang akan dilaksana dalam tempoh masa jangka pendek (2013¬-2015), jangka sederhana (2015¬-2020) dan jangka panjang (2020-¬2030).

    Bagi projek lebuh raya yang dicadangkan dalam strategi pengangkutan, pendekatan yang digunakan adalah model pertukaran tanah bagi membina tiga lebuh raya baru di Pulau Pinang dan projek terowong dasar laut yang akan dilaksanakan oleh Zenith¬-BUCG Consortium.

    Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) telah mencadangkan projek kereta kabel yang akan menghubungkan bahagian pulau dengan hab pengangkutan baru di Seberang Perai yang dikenali sebagai Penang Sentral bagi meningkatkan hubungan di antara pulau dengan Seberang Perai.

    Pembinaan terowong bawah laut dan kereta kabel merupakan dua  daripada lima saluran yang akan menghubungkan pulau dengan Seberang Perai, dengan tiga lagi saluran iaitu kedua¬-dua jambatan Pulau Pinang, perkhidmatan feri dan cadangan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan George Town¬ - Butterworth.

    Kerajaan Negeri telah mengambil pendekatan rasional terhadap cadangan integrasi system pengangkutan awam dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIPP) dengan hasrat utama untuk mempengaruhi penukaran mod daripada kenderaan persendirian kepada pengangkutan awam.

    Kertas cadangan SRS Consortium kepada Kerajaan Negeri melalui proses Permintaan Kertas Cadangan (RFP) yang bermula pada Ogos 2014 sehingga Februari 2015, telah mengemukakan cadangan pengangkutan awam dan rangkaian jalan raya yang bersepadu bagi menampung permintaan perjalanan untuk masa 50 tahun akan datang.

    Selain menyelesaikan masalah pengangkutan di Pulau Pinang, Cadangan SRS Consortium juga akan memberi manfaat yang ketara terhadap ekonomi dan peluang pekerjaan di Pulau Pinang dengan kaedah yang mampan melalui projek penambakan pulau buatan di pinggiran laut kawasan selatan pulau.

Projek Syarikat

Pengangkutan Awam

  1. LRT Bayan Lepas
  2. Monorel Ayer Itam
  3. Monorel Tanjung Tokong
  4. Monorel Raja Uda - Sg Nyiur - Bukit Mertajam - Permatang  Tinggi 
    - Lanjutan (BRT) ke utara menuju Kepala Batas
  5. Trem

SRS Consortium

Rakan Pelaksana Projek

Lebuh Raya

  1. Pan Island Link 1
  2. Pan Island Link 2 & 2A
 

SRS Consortium

Rakan Pelaksana Projek

Jalan Raya

  1. Laluan Berkembar Pesisir Pantai Utara
 

SRS Consortium

Rakan Pelaksana Projek

Persimpangan (Interchange)

  1. Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE)
  2. Persimpangan Juru
 

SRS Consortium

Rakan Pelaksana Projek

Pembinaan Jalan Sambungan dan Penambahbaikkan

  1. Permatang Pasir- Perda
  2. Bukit Minyak
 

SRS Consortium

Rakan Pelaksana Projek

BRT

  1. BRT dari Permatang Tinggi ke Batu Kawan dengan sambungan ke arah utara Seberang Jaya dan ke arah selatan Nibong Tebal.
 

SRS Consortium

Rakan Pelaksana Projek

Terowong Dasar Laut Pulau Pinang

  1. Fasa la
  2. Fasa lb
  3. Fasa 2
  4. Fasa 3

ZenithBUCG Consortium

Special-Purpose Vehicle(SPV)

Kereta Kabel (Sky Cab)

Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)

Cetak Emel

  • PENANG
  • PEGIS
  • MBPP
  • MPSP

bann1234