• Pelaksanaan Projek Pelan Induk Pengangkutan mampu mengurangkan kesesakan lalulintas di Pulau Pinang dan memberi keselesaan di masa hadapan

    Ya - 76.9%
    Tidak - 23.1%
  • Pengumuman
  • PEMBERITAHUAN PAMERAN AWAM LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) (JADUAL KEDUA) BAGI “CADANGAN LEBUHRAYA PAN ISLAND LINK 1 (PIL1), PULAU PINANG”

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Pameran Awam untuk Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) (JADUAL Kedua) Bagi “CADANGAN Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL1), Pulau Pinang.

Dimaklumkan bahawa Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang mengkaji Laporan EIA bagi cadangan projek yang dinyatakan di atas. Orang awam adalah dijemput untuk menyemak dan memberi ulasan bertulis berkenaan Laporan EIA yang dipamerkan di lokasi-lokasi yang disenaraikan seperti berikut:-

Orang awam boleh meneliti Laporan EIA tersebut bermula daripada 11hb Julai 2018 hingga 10hb Ogos 2018 pada waktu pejabat (8:00 pagi – 5:00 petang) dan mengemukakan maklum balas bertulis kepada Jabatan Alam Sekitar sebelum 24hb Ogos 2018. Maklum balas bertulis tersebut hendaklah dikemukakan kepada:-

Ketua Pengarah
Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 2, Podium 3, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4
62574 Putrajaya
(U/p: Bahagian Penilaian Alam Sekitar – Urusetia EIA)
Tel : 03-8871 2000, Faks : 03-8889 1045

Orang awam boleh mendapatkan satu set Laporan EIA dengan harga RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) daripada Pakar Perunding EIA Projek Wiranda (M) Sdn Bhd. Sila hubungi talian 03-8942 3413/ faks kepada 03-8948 5912/ atau emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk maklumat lanjut.

Orang awam juga boleh melayari laman web Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my/ laman web Wiranda (M) Sdn Bhd di www.wirandamsdnbhd.com atau laman-laman web Penggerak Projek di www.penang.gov.my dan www.pgmasterplan.penang.gov.my untuk merujuk Laporan EIA projek ini.

LAPORAN EIA (JADUAL KEDUA) LEBUHRAYA PIL 1

KLIK UNTUK PAPARAN JILID 1(RINGKASAN EKSEKUTIF DAN LAPORAN UTAMA).

KLIK UNTUK PAPARAN JILID 2(LAMPIRAN).

  • PENANG
  • PEGIS
  • MBPP
  • MPSP

bann1234