Forum Awam mengenai PIP di Dewan Sri Pinang
Kerajaan Pulau Pinang telah menganjurkan satu sesi forum awam mengenai Pelan Induk Pengangkutan (PIP) di Dewan Sri Pinang.
Sesi ini diadakan untuk mengukuhkan pemahaman orang awam terhadap projek PIP dari segi kepentingan projek tersebut kepada orang ramai dan komponen-komponen kritikal yang perlu direalisasikan.
Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PIP) adalah satu pelan komprehensif yang dibentuk oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk meningkatkan sistem pengangkutan di seluruh Negeri Pulau Pinang. Pelan jangka masa panjang ini akan menyediakan mod pengangkutan alternatif, seperti LRT Bayan Lepas (BLLRT) dan Lebuh Raya Pan Island Link 1, untuk menangani kesesakan lalu lintas yang semakin merosot di seluruh negeri.