Lebuh Raya

Pan Island Link 2/2A (PIL 2/2A)

Pan Island Link 2/2A (PIL 2/2A)

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Pelan induk lebuh raya kerajaan negeri Pulau Pinang mendorong pembangunan masa depan di kawasan kurang membangun seperti Balik Pulau dan Teluk Kumbar dengan membina cabangan jalan di lokasi persimpangan PIL1 yang strategik.

PIL 2 dan PIL 2A yang mempunyai empat lorong dan aliran trafik dua hala berperanan:

  1. Meningkatkan akses dan membuka peluang pembangunan masa hadapan di Teluk Kumbar dan Balik Pulau, serta mengalihkan tumpuan pembangunan daripada George Town
  2. Membentuk Lebuh Raya Lingkaran Selatan untuk Pulau Pinang dengan bahagian selatan PIL1; dan
  3. Sebagai jalan utama menuju ke kawasan pulau tambakan

Komponen ini masih dalam cadangan dan tertakluk kepada semakan di masa depan dan kelulusan agensi yang berkaitan.