PENGANGKUTAN AWAM

Bas Rapid Transit (BRT)

Bas Rapid Transit (BRT)

Nota: Transit penjajaran & sistem adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan

Pembangunan di Batu Kawan semakin pesat dengan pembukaan Jambatan Kedua Pulau Pinang. Sistem BRT yang dicadangkan adalah untuk menghubungkan kawasan bercampur perindustrian komersial dan kediaman dengan stesen KTM yang terdekat di Simpang Ampat dan juga Monorel Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam yang berakhir di Permatang Tinggi.

Laluan BRT yang dicadangkan berpotensi untuk dilanjutkan ke kawasan lain:

  1. Dari Permatang Tinggi ke arah utara (Seberang Jaya-Permatang Tinggi) ke kawasan liputan di Permatang Pauh  dan  Bukit  Minyak  (termasuk  Universiti  Teknologi  Mara  atau  UiTM  dan  Politeknik Seberang Perai); dan juga di pertukaran Monorel Laluan Raja Uda-Bukit Mertajam. Rujuk Peta A.
  2. Dari Batu Kawan ke arah selatan (Nibong Tebal) ke kawasan liputan di bandar terancang Byram Changkat dan pertukaran dengan Komuter KTM di Nibong Tebal. Rujuk Peta B.

Koridor transit yang dikenal pasti ini juga boleh dirizabkan sebagai sebahagian daripada proses perancangan negeri.

Peta A

Nota: Transit penjajaran & sistam adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan.

Peta B

Nota: Transit penjajaran & sistam adalah tertakluk kepada semakan sebelum pelaksanaan.